Kami merupakan organisasi bukan kerajaan dan fungsi utama kami ialah memberi kerjasama kepada polis dalam pencegahan jenayah. Kami terdiri daripada orang awam, pegawai polis bersara, profesional dan individu-individu yang menyayangi keamanan. Adalah menjadi keutamaan kami untuk mengenal pasti masalah jenayah setempat dan mencari kaedah penyelesaiannya melalui kerjasama dengan polis.