Untitled Document
Untitled Document
 
Untitled Document
 
 
 
 
 

Tan Sri Khalid bin Abu Bakar:

Program COMMUNITY POLICING ini telah dilaksanakan oleh PDRM dan ditambah nilai sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama...
 
 
 
 
 
 

AWAS

 
Jun 2010
 
Kejadian 12
 

Taman Wawasan/ Bandar Puteri, Puchong. ( Kes pecah rumah kian aktif ) 

3 orang suspek lelaki Cina dan 2 orang lelaki Malayu dan diteman seorang perempuan. Kenderaan diguakan ialah Nissan X-trail ( warna champagne ) cermin berwarna gelap, dan Honda Accord berwarna putih.

Modus Operandi: bunyikan loceng pintu, baling batu ke arah tingkap, berpura-pura cari seseorang tetapi dia akan lari diri apabila penghuni berada di rumah, ketika dapati tiada sesiapapun berada dalam rumah maka suspek akan cuba pecah masuk.

AWAS: HUBUNGI POLIS SECEPAT MUNGKIN APABILA MENDAPATI KENDERAAN YANG MENCURIGAI. JIKA ADA SESIAPA YANG CUBA MEMBUNYI LOCENG PINTU RUMAH TETAPI TIDAK MENGETAHUI NAMA PENGHUNI, MAKA HARUSLAH MENCATIT TANDA-TANDA PERIBADI DAN WARNA KENDERAAN YANG DIGUNAKAN.

 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ogos 2009
 
Kejadian 11
 

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki Pakistan yang larikan diri di mana dia masih dalam tempoh jaminan. Dia bersabit dalam kes rogol anak tiri perempuan berumur 15 tahun yang telah dituduh dalam mahkamah.

Hazrat Umar, 29, yang dituduh terlibat dalam 12 kes rogol dan 2 kes carnal intercourse telah dijamin oleh seorang penjamin dan sejumlah wang jaminan RM20,000, tetapi dia tidak menghadirkan diri di mahkamah pada 12 Julai. Akibat daripada itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Dia ditangkap pada bulan September 2006 apabila isterinya membuat satu laporan yang menuduh dia telah rogol anak perempuannya.

Hazrat berkahwin dengan ibu tunggal tersebut di mana suami pertamanya telah meninggal dunia pada Disember 2005.

Dalam kurang dari satu tahun selepas mereka berkahwin, ibu berkenaan diberitahu bahawa anak perempuannya telah dirogol beberapa kali oleh bapa tirinya.

Alamat kediaman terakhir Haizat adalah 58-2A, Jalan Thamby Abdullah, Brick-fields, dan No. pasportnya ialah AE 2227871.

Sesiapa mengetahui maklumat selanjutnya, sila hubungi C/Insp. Rogayah Rosli (017-643 4995) atau Insp. Ellyia Ullfah Mazlan (013-713 9682).

 
Kejadian 10
 
Satu laporan telah diterima daripada penduduk Bandar Kinrara di mana terdapat kes pecah rumah dan cubaan pecah rumah oleh sekumpulan 4 orang lelaki dipercayai Cina menggunakan kenderaan TOYOTA CAMRY berwarna silver di mana mereka melakukan pecah rumah pada waktu siang hari. Oleh yang demikian mana-mana orang yang ternampak atau melihat kereta jenis TOYOTA CAMRY berwarna silver di kawasan perumahan dan di dalam keadaan mencurigai, sila maklumkan kepada balai polis berhampiran atau menelefon kami di 012-273 2148 supaya maklumat ini dapat disalurkan kepada pihak polis.
 
Kejadian 9
 
Satu kejadian lori dicuri telah berlaku di Taman Puchong Prima, Puchong. Pemilik lori-lori kecil diminta ambil perhatian dan kejadian curi lori ini sentiasa dikaitkan dengan kumpulan yang dipercayai India di mana selepas mereka mencuri lori ini, mereka akan menggunakannya untuk melakukan jenayah yang lain. Kami cadang semua lori diletakkan di satu kawasan selamat yang dijaga supaya kecurian bateri dan lori tidak berlaku.
 
Kejadian 8
 
Satu penjual suratkhabar telah disamun oleh 4 lelaki dipercayai Melayu menaiki 2 buah motosikal dan salah satu daripada motosikal ialah jenis Yamaha 125. mereka bersenjatakan parang dan kejadian cuba samun telah berlaku jam 5.35 pagi di Pasar Pagi Puchong Indah di mana keadaan masih gelap. Maka dengan ini, kami menasihat kepada peniaga pasar pagi agar bermuafakat untuk membuka perniagaan mereka secara berkumpulan dan mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada kumpulan ini. Sila hubungi polis sekiranya mempunyai maklumat atau menelefon hotline polis terdekat.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
April 2009
 
Kejadian 7 Laporan diterima pada jam 5:58 petang, 02 April 2009
 

AWAS!

Sesiapa yang tinggal di kawasan termasuklah Bandar Utama, Subang, USJ dan Sunway diminta ambil perhatian bahawa lokasi tersebut sering berlaku kes rompak dan culik. Gang suspek yang disyaki terlibat adalah Camry Gang yang mempunyai sebanyak 8 orang yang berada dalam kereta berlainan pada suatu masa.

Modus Operandi : boleh berlaku pada bila-bila masa dan biasanya pada siang hari. Mereka akan cuba menghalang anda, selepas itu culik dan bawa anda ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang. Sekiranya anda mempunyai beberapa kad ATM, anda diingati bahawa hanya membawa satu kad tetapi bukan semua kad ATM demi keselamatan anda.
Berikut adalah kenderaan yang biasa digunakan:

Silver Toyota Camry - WMW 6638

Golden Toyota Camry - WNU 9232

Beige Merz - PFY1221

Silver Perdana - WJP 3738

Orange Gen 2 - XXX 6610

Proton Wira – belum ada maklumat lanjut

 
Deskripsi: 2 orang lelaki Malayu lingkungan 20-30 tahun, seorang badan kurus dan yang lain gemuk. Kemungkinan juga terdapat 4 orang penculik muncul pada suatu masa.
 
ORANG DIKEHENDAKI – MAKLUMAT DARIPADA PDRM
 

        Mohd Yusley                      Mohd Yusman
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Mac 2009
 
Kejadian 6 Laporan diterima pada jam 1:10 petang, 05 Mac 2009
 

Dengan Kerjasama Daripada Pn Nur

Pejabat saya berada di USJ 9 telah dilawat oleh seorang pemuda India yang menyamar sebagai wakil milik pejabat.

Orang India tersebut telah berjumpa dengan kakitangan pejabat saya dan memeriksa waranti papan lantai dan kononnya memeriksa keadaan bangunan. Pintu utama pejabat telah dibuka tanpa penyedaran kakitangan saya.

Semasa kakitangan saya membawa suspek memeriksa bangunan pejabat, suspek yang lain telah masuk ke dalam pejabat dan mencuri 2 komputer riba dan satu telefon bimbit. Ia berlaku dan pantas.

Tetapi ia boleh dielakkan sekiranya kita lebih berwaspada. 

Kejadian 5 Laporan diterima pada jam 5:10 petang, 3 Mac 2009

Dengan kerjasama daripada Persatuan Penduduk Subang Jaya.

2 lelaki disyaki bangsa India menunggang motosikal mengekori Suria ke sebuah kedai di PJS 11/8, Bandar sunway. Semasa Suria memasuki kedai, salah seorang suspek telah membaling spark plug ke cermin sisi keretanya menyebabkan ia pecah dan dengan selamba mengambil tas tangan yang berada dalam keretanya.

Walaupun tidak merekodkan kehilangan yang banyak, namun ia mendatangkan ketakutan kepada Suria dan Josephine dan ini merupakan satu trend dalam pencurian tas tangan.

Awas supaya anda tidak menjadi mangsa dan jangan meninggalkan apa-apa barang yang berharga dalam kereta.

 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Feb 2009
 
Kejadian 4 Laporan diterima pada jam 9:27 petang, 28 Feb 2009
 

Subjek: SJ Alert EMS Subang Jaya Community Policing Advisory - Joe Singh

Semalam pada jam 2 petang di SS14/2A , di mana kemalangan berlaku:

a) 4 orang India menunggang 2 motorsikal : 3 kurus dan seorang lagi berkepala botak tengah dan kelihatan bengkak pada mukanya. kesemuanya dalam lingkungan 20 tahun.

b) Kedua-dua nya bermotorsikal Honda EX5 : Berwarna Merah dan Biru Tua.

c) 2 orang memakai topi keledar berwarna hitam, seorang berwarna putih dan seorang lagi berwarna merah.

Perkara :

Lelaki yang berkepala botak dan kelihatan bengkak itu mencuba untuk memotong mangga keselamatan dengan menggunakan pemotong mangga. Pada awalnya mereka telah mencuba untuk mengangkat dan menyelak pagar dan menolak buka pintu pagar.

Nasihat : Gunakan rantai besi yang kukuh untuk membalut sekeliling dan mengunci pada pagar anda. Hanya sedikit kesulitan dapat membawa keselamatan pada kediaman anda daripada penyangak. Harus ingati bahawa memanjat pagar dapat membuat orang timbul syak wasangka, dengan ini kita harus tambahkan keselamatan untuk menyukarkan penyagak dari pecah masuk.

 
Kejadian 3 Laporan diterima pada jam 2:46 petang, 24 Feb 2009
 
Sebuah kereta TOYOTA WISH berwarna hitam bernombor plat WSB 3943, suspek tersebut disyaki warga negara Africa, 1 wanita dan 2 lelaki telah meracuni seekor anjing dan telah mencuba memasuki sebuah rumah di Bandar Kinrara seksyen 4. Sila hubungi polis sekiranya anda menemui suspek tersebut dan jangan bertindak sesuka hati.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Jan 2009
 
Kejadian 2
 
Seorang perempuan Cina telah melarikan wang tunai dan barang kemas dari sebuah kedai salon rambut di Sunway. Suspek tersebut telah memohon kerja dengan menggunakan salinan kad pengenalan palsu. Kami percaya dia bergerak aktif dan berjaya menipu beberapa salon yang lain. AWAS!
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Dec 2008
 
Kejadian 1
 
Ada beberapa laporan polis mengenai kejadian samun yang berlaku di USJ. Suspek dipercayai 2 lelaki Melayu menaiki kereta jenis TOYOTA CAMRY berwarna putih. Kejadian terakhir berlaku di Sea Park, Petaling Jaya. Suspek hanya memilih mangsa yang lemah dan sasaran pengeluaran duit dari mesin ATM.
 
 
Untitled Document
 
 
Untitled Document
       
Balai Polis Kawasan Kemalangan Jalanraya
Kejayaan Polis  
Statistik Jenayah Artikel Polis
Pemetaan Jenayah Polis Bukit Aman
   
     
   
 
 
 
Untitled Document
2017 © COPS.ORG.MY Hak Cipta Terpelihara
PENAFIAN l DASAR PRIVASI l HAK CIPTA

Kounter Pelawat :