Dilemma/Rintihan: Tuan,
Kami IO kebanyakan mengalami kesempitan ruangan untuk bertugas di mana pejabat kami hanya lah menjadi pejabat makeshift tanpa satu perancangan yang baik di mana kami terpaksa merakamkan percakapan daripada saksi dan saspek di kawasan yang sama. Kesempitan ruangan ini telah menampakkan kelemahan PDRM dan juga memberikan imej negatif kepada public. Di harapkan juga bahawa kekurangan komputer di setiap balai polis untuk IO bertugas berserta dengan printer telah membantutkan kecekapan kami di mana banyak masa terbuang apabila terpaksa berkongsi komputer. Kertas cetakan juga berkurangan di mana kadang kala kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri. Kelemahan rangkaian internet di semua balai juga menjadi satu tanda tanya di mana penggunaan IT dapat membantu kami mempertingkatkan kecekapan kami.
Date: August 22 , 2009
ll
Dilemma/Rintihan: Kami dari cawangan kereta peronda memohon bahawa kereta peronda harus di beri tag kerana apabila kami mengejar kereta saspek, mereka dapat memboloskan diri dengan mengunakan smart tag dan kami hanya terpingga pinga dan terkial kial untuk melalui tol. Kita hampa bahawa sebagai anggota peronda kami di minta untuk mengunakan laluan biasa yang berkemunkinan panjang semasa waktu sesak. Ini amat membuang masa dan kurang efisen nya PDRM.
Date: August 22 , 2009
kuan
Dilemma/Rintihan: Untuk makluman atasan bahawa kami tidak mempunyai lagi tempat untuk menyimpan barang ekshibit saperti mesin judi di mana ia kini menjadi tempat sarang nyamuk.